Followers

Saturday, December 22, 2012

Bukakan Hatimu Untukku 1

💕 Bukakan Hatimu Untukku 💕

Bab 1⃣

Nurul Natasya Atilia duduk sendirian di atas bangku di salah sebuah pondok di tepi pantai . Telinganya disumbatkan dengan 'earphone' . Mendengar melodi lembut sambil menikmati keindahan alam amat menenangkan hatinya yang galau ketika itu . Alhamdulillah , aku masih diberi kesempatan untuk menikmati semua ini , bisiknya perlahan .

Natasya duduk memeluk lutut . Dia memejamkan matanya . Menikmati semua itu membuatkan dia lupa pada dunia sementara yang semakin hanyut dengan arus kemodenan . Dia hanyut dalam dunianya sendiri tanpa menghiraukan sekeliling . 

Tiba-tiba , deruman enjin daripada sebuah motor memecah lamunannya . Dari jauh kelihatan laju motor tersebut membelah jalan . Motor Kawasaki yang berwarna hijau berhenti tidak jauh dari tempat duduk Natasya . Si penunggang membuka helmet dan membetulkan rambutnya . Natasya hanya memerhatikan penunggang tersebut dari jauh .

Setelah puas dengan penampilan dirinya , penunggang motor tersebut mengorak langkah ke arah Natasya sambil tersenyum mesra . 

"Hai Nenek Kebayan Comel !" Sapanya . Dia menghulurkan buku limanya dan disambut Natasya dengan buku lima tanda 'salam' bagi mereka . 

"Hei Pakcik Paddle Pop !" Sapaan penunggang tersebut dibalas . Penunggang Kawasaki itu melabuhkan punggungnya di tempat duduk berhadapan dengan Natasya .

Itulah Muhammad Danial Darwish , sahabat baik Nurul Natasya Atilia .  Mereka selalu memanggil masing-masing dengan panggilan sebegitu menunjukkan betapa rapatnya mereka . Nenek Kebayan Comel dan Ketot merupakan panggilan Natasya kerana salah sebuah gambar milik Natasya dikatakan comel seperti nenek kebayan dan ketot kerana Natasya sememangnya berbadan kecil dan pendek . Panggilan untuk Danial pula adalah Tiang Lampu dan Pakcik Paddle Pop kerana fizikal Danial agak tinggi dan dia gilakan aiskrim Paddle Pop !

Susah dan senang dikongsi bersama . Pertemuan mereka bermula di laman Facebook . Kemudian , mereka membuat keputusan untuk berjumpa . Ternyata banyak keserasian antara mereka membuatkan mereka semakin rapat dari sehari ke sehari . Jarak umur selama 5 tahun antara mereka langsung tidak menjadi penghalang untuk mereka menjadi semesra itu .  

"Lama kau tunggu aku ketot ?" Soalnya tanpa riak rasa bersalah membiarkan Natasya menunggunya selama sejam .

"Motor kau semput tengah jalan ke ?" Soal Natasya tanpa berlapik . "Sesat lu ! Kawasaki ni ! Agak-agak la beb !" Natasya hanya ketawa gelihati .

"Tak adalah lama sangat aku tunggu kau . Dalam 59 minit 59 saat je . Eh , kenapa tak datang esok je ?" Natasya melemparkan senyuman yang sinis .

Danial tersengih . "Eh , kita janji nak jumpa harini kan ?" Dia membalas sakatku . "Ohh , pandai pulak kau bercakap tentang janji ! Janji pukul 4 , ini dah pukul berapa ?" Danial gelak sakan melihat Natasya yang pura-pura memarahi dirinya . 

"Apasal kau gelak ?" Marah Natasya . "Tak ada , kau comel bila marah !" Muka Natasya memerah apabila dipuji sebegitu . "Eh , eh , kau pakai blusher eh ketot ? Merah semacam dah muka tu . Aku tak habis cakap lagi tadi . Comel macam nenek kebayan sebenarnya !" Dia menyambung gelaknya lagi . 

"Ohh , kau ingat kelakar eh ? Tunggu kau ! Biar aku ajar apa tu kelakar yang sebenar, " Natasya bangun dari duduknya dan membongkok untuk mencapai pasir pantai . Natasya menggenggam pasir pantai itu dan cuba dilemparkan ke arah Danial . Danial berlari ke arah pantai sambil ketawa tanpa henti . "Weh , sudah la tu ! Okey , aku surrender !" Tangan Danial diangkat ke langit gaya pencuri yang ditangkap polis.

Bip ! Bunyi mesej masuk daripada telefon bimbit Natasya mematikan tawa mereka berdua . Natasya mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket jeansnya dan bergerak ke arah pondok semula . Dia duduk di atas bangku sambil memerhatikan skrin telefon bimbitnya . Mesej yang diterima masih belum dibaca . 

"Nasya , kau okey ?" Tanya Danial , cuba mengambil berat . Natasya hanya membisu . Dia sendiri tidak pasti sama ada dia okey ataupun tidak . Natasya memandang sayu wajah Danial . 

"Kenapa ni weh ? Ceritalah kat aku ," pinta Danial . Natasya masih menyepi . Melihat Natasya begitu , dia tahu Natasya perlukan masa .

2 minit berlalu , Natasya membuka mulut lalu berkata , "Aku mintak break up dengan Amir tadi . Aku tak tahu dia balas apa ni . Aku takut ayat dia buat aku simpati . Aku tak mahu dah . Dah cukup aku senyap je selama ni . Selama ni aku tutup mata je bila nampak dia keluar dengan perempuan lain . Kali ni aku dah tak tahan dengan perangai dia . Aku nekad , aku nak break up dengan dia . I'm done with him ."

Danial terkejut dengan berita yang diterimanya itu namun seperti ada sesuatu pada riaknya . Entah perasaan apa . Natasya sendiri tidak dapat membaca riak Danial yang aneh itu . Itu pertama kali dia melihat riak wajah sebegitu .

"Kau okey ?" Soal Danial sekali lagi . Natasya mengangguk laju dan tersenyum pahit . Dia mengubah kedudukannya dengan memusingkan badan menghadap laut . Sebetulnya , dia cuba menyembunyikan kedukaan yang bersarang di dalam hatinya . 

'Nasya , kau tak perlu bohong aku , aku faham perasaan kau . Sehebat mana pun kau sorok perasaan kau , aku takkan tertipu , aku bukan kenal kau sehari dua ,' bisik hati kecil Danial . 

"Nasya , aku tahu kau tak okey . Kalau kau nak nangis , kau nangis je . Lepaskan semua yang terbuku dalam hati tu . Jangan simpan semua tu , nanti membengkak dalam hati , kau sendiri yang merana ," pujuk Danial . Setitis air mata turun ke pipi gebu Natasya . Terasa sakit hati Danial melihat air mata yang mencemari pipi mulus Natasya . Beberapa saat kemudian , Natasya menyeka kasar air mata itu lalu ketawa kuat . 

'Danial , terima kasih sebab selalu berada di sisi aku . Kau selalu beri semangat pada aku . Aku sayang kau , kawan ,' Natasya bermonolog di dalam hatinya .

"Mesti kau cuak tengok aku menangis kan ? Aku gurau je lah ! Aku okey je ," Natasya masih ketawa tanpa henti . Danial hanya tersenyum . 'Kau memang suka berlagak kuat tapi aku tahu hati kau lemah , hati kau lembut . Kau kasar , tapi hakikatnya kau masih seorang perempuan yang sensitif . Aku cuma mampu berharap yang aku dapat ukirkan senyuman pada wajah kau . Bukan sebagai seorang kawan tapi sebagai seorang kekasih . Aku sayangkan kau , Nurul Natasya Atilia !' Memang Danial tidak sanggup melihat Natasya dalam kepura-puraan namun dia hanya diam , menunggu waktu yang sesuai untuk bercakap dengan Natasya . 

"Bagus tak aku berlakon ? Boleh dapat awards tak ?" Natasya masih ketawa tetapi dia tidak menyedari yang ketawanya tidak seindah sebelum ini . Danial hanya memerhati sambil tersenyum . Hatinya sakit melihat keterpaksaan Natasya untuk ketawa sebegitu .

"Girlfriend kau macam mana , Tiang ? Okey ke tak ? Sibuk hal aku je !" Natasya tersenyum . Walaupun tidak seindah biasa , namun senyuman itu tetap mampu menggetarkan hati lelaki Danial .

"Entahlah . Aku pening lah dengan dia . Cemburu yang amat ! Perempuan jeling-jeling aku , aku yang kena marah ? Salah aku ke sebab kacak sangat ? Tak faham aku ," sempat diselitkan pujian untuk diri sendiri dalam bebelannya itu . 

"Sakai doe kau . Perasan kacak sangat ! Kalau kau kacak , aku dah tergodalah , Tiang oi !" Aku ketawa perlahan .

"Kau tengoklah nanti , suatu hari nanti aku akan pastikan kau tergoda dengan aku sampai tak sanggup nak alihkan mata kau daripada aku ! Nanti , kau tak sanggup nak kelip mata pun sebab aku kacak sangat !" Danial ketawa jahat .

"Puih ! Harapanlah !" Natasya menjelirkan lidah pada Danial . Danial hanya ketawa . Sudah lama mereka tidak bergelak tawa seperti ini . Kekangan masa membuatkan mereka terpisah namun tetap tidak mengurangkan  kemesraan antara mereka . 

Sebagai seorang penuntut universiti di Kuala Lumpur , Natasya banyak meluangkan masa di sana . Jadi , dia mengambil keputusan untuk menetap sementara di Kuala Lumpur sehingga pengajiannya tamat . Danial pula sudah bekerja di salah sebuah syarikat terbesar di Terengganu , berdekatan dengan tempat mereka berdua menetap . 

"Tapi sebenarnya , aku sukakan orang lain . Aku ada hati pada orang lain . Aku dah tawar hati dengan Aliya tu . Lagipun , orang tu jauh lebih baik daripada Aliya , jauh lebih cantik daripada Aliya ," Danial tiba-tiba serius . 

"Kau tak pernah bagitahu aku pun , Tiang ! Sampai hati kau !" Natasya pura-pura merajuk . Danial tersenyum .

"Nurul Natasya Atilia ..," panggilan Danial membuatkan Natasya berpaling memandang wajah Danial . "Saya suka awak ," kata-kata Danial menggetarkan hati wanita Natasya . Dia terpanar seketika . 

Tiba-tiba , Natasya ketawa . "Sakai doe kau ni ! Kau nak kenakan aku semula sebab aku buat fake tears tadi kan ! Aku takkan tertipu lah !" Danial turut ketawa tetapi bunyinya tidak ikhlas . 

"You really think that I'm pranking you ?" Natasya mengangguk sambil mengesat air matanya yang keluar akibat terlebih gelak sebentar tadi . Danial memandang tanah . Sayu wajahnya . 

"Tapi saya tak main-main , Nasya ," perlahan sahaja suaranya tetapi masih dapat ditangkap oleh pancaindera Natasya .

"Aku tak percaya !" Natasya masih tersenyum walaupun sebenarnya berbagai-bagai perasaan menyerbu hatinya waktu itu . Dia tidak tahu perlu berbuat apa dan dia cuma mampu berpura-pura menganggap itu hanya gurauan Danial . Dia tahu Danial tidak bergurau , tetapi dia buntu .

"Kau nak aku buat apa supaya kau percayakan aku ?" Kata Danial dalam kekecewaan . "Aku nak kau melutut depan aku , hulur bunga dan cakap kau sayang aku , kau cintakan aku ," Natasya masih bergurau tentang itu .

Danial bangun dan mengutip bunga berdekatan dengan tempat duduk mereka . Dia kemudiannya melutut di hadapan Natasya dan berkata ," Nasya , saya sayangkan awak , saya cintakan awak ! Kalau boleh , saya nak hidup dengan awak . Sudikah awak terima diri saya yang tak seberapa ini ?"

Natasya terkedu . Danial tidak pernah membahasakan diri saya-awak dengannya . Tampaknya Danial betul-betul serius ! "Sakai la kau ni ! Dah lah ! Bangun . Malu orang nampak !" Danial bangun dan duduk di bangku di sebelah Natasya . Bunga yang dihulur sebentar tadi tidak disambut . 

"Nasya , saya tak main-main . Dah lama saya sayangkan awak tapi waktu itu , awak dah ada boyfriend , jadi saya pendamkan aje perasaan saya ni . Saya taknak jadi orang ketiga antara korang . Saya cuma nak awak bahagia dengan orang yang awak sayang . Bila awak cakap awak nak break , saya rasa gembira . Bukan gembira sebab dapat lihat awak kecewa tetapi saya gembira bila dapat tahu yang awak bukan milik sesiapa lagi dah . Saya harap saya dapat isi kekosongan hati awak tapi saya silap . Awak memang anggap saya sebagai seorang kawan aje kan ? Tak pernah lebih kan ?" Air mata Danial jatuh ke pipinya . Natasya terkedu . Dia menangis di hadapanku !

"Danial ..," Danial berdiri . "Nasya , saya .. Erm , aku .. Aku pergi dulu . Ada benda yang perlu aku setelkan . Bye !" Dia terus pergi tanpa memberi peluang untuk Natasya berkata-kata . Natasya ditinggalkan dalam keadaan terpinga-pinga . Danial langsung tidak berpaling waktu dia meninggalkan Natasya .

Natasya masih terkejut dengan berita yang diterimanya . Dia menggeleng laju . Argh !! Apa semua ni ! 

******************************

"Nasya , mungkin semua ini terlalu mendadak bagi awak . Tapi saya pasti , kita akan bersama jugak suatu hari nanti ," bisik hati kecil Danial . 

Setibanya di rumah , Danial terus menghempaskan badannya di atas katil . Tangannya didepangkan . Matanya dipejamkan sebentar . Kemudian matanya memerhatikan kipas siling yang ligat berputar sambil kepalanya memikirkan sesuatu . 

Beberapa minit kemuadian , Danial mencapai telefon bimbitnya lalu jarinya ligat menari di atas skrin telefon bimbitnya . Setelah puas dengan mesejnya , dia menekan butang send dan tersenyum puas . Dia memejamkan mata lalu terlena .